LATAR BELAKANG PKZ

Pusat Kutipan Zakat Pahang ditubuhkan pada 16 September 1995 dan mula beroperasi pada 02 Januari 1996 dengan 9 orang kakitangan. Penubuhan PKZ Pahang adalah bertujuan bagi meningkatkan kutipan zakat di negeri Pahang yang bermula sejak tahun 1983 oleh Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP)

Sebelum penubuhan PKZ Pahang, pada 1993, MUIP telah melantik sebuah badan swasta iaitu AZSB (Azzakah Sdn Bhd) untuk menguruskan kutipan zakat di daerah Kuantan sebagai percubaan. Oleh kerana Azzakah Sdb Bhd berjaya meningkatkan kutipan zakat 100% ,maka MUIP bersetuju supaya kaedah yang sama dilaksanakan diseluruh negeri Pahang pada tahun 1996 dengan pegangan saham 51% oleh MUIP dan 49% oleh AZSB. Empat tahun kemudian iaitu pada tahun 2000, MUIP telah mengambil alih PKZ Pahang sepenuhnya sehinggalah sekarang

OBJEKTIF PENUBUHAN PKZ

Memberi penerangan dan menyampaikan maklumat mengenai zakat harta dengan berkesan dan menggunakan kaedah terkini kepada masyarakat Islam di Negeri Pahang

Menyediakan kemudahan-kemudahan untuk membayar zakat kepada seluruh umat Islam di Negeri Pahang
Mengadakan kajian dan pembangunan dalam urusan zakat harta di Negeri Pahang Darul Makmur

FUNGSI

Menjalankan urusan yang berkaitan dengan pengurusan kutipan zakat harta di Negeri Pahang
Merekodkan, menyimpan dan mengemas kini segala maklumat yang berkaitan pembayar zakat harta
Menyerahkan wang kutipan zakat harta kepada MUIP mengikut garis panduan yang ditetapkan
Menyampaikan mesej dan dakwah kepada orang ramai tentang kewajipan menunaikan zakat

PIAGAM PELANGGAN

Kami sentiasa berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik, bertanggungjawab, amanah, cekap dan mesra kepada pelanggan-pelanggan kami di samping mewujudkan persekitaran kondusif berdasarkan Ilmu, Iman, Amal, dan Ehsan.

Kami juga bersedia untuk:
1. Menyelesaikan permasalahan zakat anda dengan segera
2. Memastikan anda berurusan dengan selesa dan dihormati
3. Membuat taksiran dan memproses bayaran zakat anda
4. Menjamin kerahsiaan maklumat anda
5. Mengingatkan haul zakat anda
6. Memenuhi setiap jemputan untuk perbincangan, taklimat dan penerangan zakat pada bila-bila masa
7. Menerima teguran dan cadangan anda
8. Memperbaiki perkhidmatan dari masa ke semasa
9. Menjaga sahsiah dan akhlak serta tunduk kepada perintah Allah S.W.T

NILAI MURNI - GIGIH, AMANAH, PENYAYANG

Gigih - Bersungguh-Sungguh, Berdaya Saing Dan Tidak Putus Asa

Gigih dalam menghayati dan melaksanakan perintah Allah SWT.

Gigih dalam melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkanoleh PKZ Pahang.

Gigih dalam usaha untuk mendalami dan memahami ilmu pengetahuan mengenai zakat.

Amanah - Jujur, Ikhlas dan Telus

Amanah dalam menghayati dan melaksanakan perintah Allah SWT.
Amanah dan jujur dalam menyampaikan dan menerangkan ilmu zakat.

Penyayang - Mesra, Hormat dan Perihatin

Menyayangi organisasi sebagai punca rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT.

Menyayangi para pembayar zakat sebagai orang yang mentaati perintah Allah SWT.

Menyayangi golongan asnaf sebagai orang yang diuji oleh Allah SWT.

© 2018 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG