Zakat KWSP
Wang KWSP diwajibkan zakat serta-merta apabila pencarum mengeluarkan wang tersebut (sama ada ketika bersara, membeli rumah dan sebagainya) dan jumlah pengeluaran tersebut mencapai atau melebihi nisab. Permulaan tarikh haul diambil kira apabila cukup nisab dari jumlah simpanan yang dicarum.
Nisab dan kadar zakat KWSP
Nisab zakat KWSP sama seperti nisab zakat wang yang lain iaitu 85-gram emas. Kadarnya ialah 2.5% daripada jumlah simpanan yang dibenarkan untuk pengeluaran.
KEPUTUSAN MESYUARAT PERUNDINGAN HUKUM SYARAK NEGERI PAHANG 1/2021
Telah memutuskan Zakat KWSP adalah wajib ke atas umat Islam apabila simpanan yang dikeluarkan mencukupi nisab, milik sempurna (al-Milk al-Tam) dan bukan pengeluaran berkaitan keperluan asasi (Hajah Asliah).
Zakat KWSP hendaklah dibayar selepas penerimaan secara serta merta tanpa menunggu haul satu tahun berdasarkan kaedah zakat Mal al-Mustafad.
Pengeluaran KWSP disebabkan kematian tidak wajib dikeluarkan zakat kerana ia menjadi harta pusaka.
Ahli beragama Islam yang tidak mengeluarkan sepenuhnya simpanan yang boleh dikeluarkan, baki simpanan tersebut adalah tertakluk kepada Zakat Wang Simpanan berdasarkan syarat-syarat zakat tersebut.
Kaedah Kiraan
Jumlah pengeluaran KWSP yang wajib dizakatkan adalah keseluruhannya
Pokok + Dividen, tanpa perlu diasingkan (tidak perlu pembersihan) pulangan dividen atau bonus yang tidak patuh syariah.
Contohnya:
Amaun Asal Simpanan: RM100,000.00
Perolehan Dividen (10%): Rm10,000.00
RM110,000.00 X 2.5% = RM2,750 sahaja
Jumlah pengeluaran KWSP yang wajib dizakatkan adalah
Pokok + Dividen Patuh Syariah (iaitu 50% daripada jumlah keseluruhan dividen yang diperolehi).
Contohnya:
Amaun Asal Simpanan: RM100,000.00
Perolehan Dividen (10%): Rm10,000.00
50% dari RM10,000 = RM5,000 (Patuh Shariah)
50% dari RM10,000 = RM5,000 (Tidak Patuh Syariah)
Kiraan zakat yang diambil kira adalah:
RM100,000 + RM5,000 X 2.5% = RM2,625 sahaja