Image

Kaedah mengira zakat ke atas ASB

Pengiraan zakat ke atas pelaburan ASB/ASN hendaklah mengikut kaedah terkini, sesuai dengan keputusan Mesyuarat (KHAS) Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang 2014. Oleh itu, kaedah kiraan baharu adalah berdasarkan baki terendah yang sama atau melebihi nisab di dalam pelaburan yang mencukupi haul setahun.
Zakat yang diwajibkan adalah sebanyak 2.5% dari baki terendah tersebut tanpa perlu menolak dividen yang terkumpul.
Memandangkan pelaburan ASN dan ASB adalah berbentuk simpanan, maka kiraannya perlulah dicampur dengan lain-lain simpanan sekiranya ada.

Contohnya :

MODAL PERSENDIRIAN

KIRAAN ZAKAT
Baki Terendah X 2.5%
RM20,000 X 2.5%
= RM 500.00

PINJAMAN

PINJAMAN PERIBADI

KIRAAN ZAKAT
Baki Terendah X 2.5%
RM20,000 X 2.5%
= RM 500.00

PINJAMAN EJEN (melalui ejen yang dilantik oleh ASNB)

KIRAAN ZAKAT
(Dividen Terkumpul - Dividen Tahun Semasa = Baki Dividen Terendah x 2.5%)
RM30,000 – RM5,000 = RM25,000 X 2.5%
= RM 625.00

Nota : pelaburan melalui Pinjaman peribadi hendaklah dikira sama seperti modal persendirian kerana mencukupi syarat milik sempurna.

© 2019 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG