ZAKAT EMAS

Definisi:

Emas yang diwajibkan zakat adalah dari jenis emas tulen samada dalam bentuk jongkong, bijih, wang, perkakas atau perhiasan rumah serta barang - barang kemas atau perhiasan seperti cincin, gelang, rantai dan seumpama dengannya.

Zakat emas terbahagi kepada dua bahagian :-

1. Emas Pakai
Emas yag dipakai sebagai perhiasan walaupun hanya sekali dalam tempoh setahun (Hijriah)

2. Emas Simpan
Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun (Hijriah)

* Bagi emas yang bercampur dengan perkara yang lain seperti batu permata dan seumpama denganya atau emas putih akan dikira zakatnya mengikut peratusan emas tulen sahaja.

KAEDAH KIRAAN

1. Emas Pakai wajib dikeluarkan zakat sekiranya berat emas tersebut melebihi uruf (nilai kebiasaan pemakaian setempat). Kadar Uruf bagi negeri Pahang ialah 500 gram. Kadar zakatnya adalah 2.5% dari jumlah keseluruhan nilai emas tersebut.

2. Emas Simpan wajib dikeluarkan zakat sekiranya berat emas tersebut menyamai atau melebihi 85 gram / 25 mayam. Kadar zakatnya ialah 2.5% atas nilai keseluruhan emas tersebut.

ZAKAT PERAK

Definisi;

Perak yang diwajibkan zakat adalah dari jenis perak tulen samada dalam bentuk jongkong, bijih, wang, perkakas atau perhiasan rumah serta barang - barang kemas atau perhiasan seperti cincin, gelang, rantai dan seumpama dengannya.

KAEDAH KIRAAN

Kaedah Kiraan :

Perak wajib dikeluarkan zakat apabila beratnya menyamai atau melebihi 595 gram / 176 mayam. Kadar zakatnya adalah sebanyak 2.5% daripada nilai keseluruhan perak tersebut.

© 2018 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG