ZAKAT KWSP

Wang KWSP diwajibkan zakat serta-merta apabila pencarum mengeluarkan wang tersebut (sama ada ketika bersara, membeli rumah dan sebagainya) dan jumlah pengeluaran tersebut mencapai atau melebihi nisab. Permulaan tarikh haul diambil kira apabila cukup nisab dari jumlah simpanan yang dicarum.

 

NISAB DAN KADAR ZAKAT KWSP

Nisab zakat KWSP sama seperti nisab zakat wang yang lain iaitu 85 gram emas. Kadarnya ialah 2.5% daripada jumlah simpanan yang dibenarkan untuk pengeluaran.

 

KAEDAH KIRAAN

1. Simpanan Syariah

Jumlah pengeluaran KWSP yang wajib dizakatkan adalah keseluruhannya

Pokok + Dividen, tanpa perlu diasingkan (tidak perlu pembersihan) pulangan dividen atau bonus yang tidak patuh syariah.

Contohnya :

Amaun Asal Simpanan: RM100,000.00

Perolehan Dividen(10%) : Rm10,000.00

RM110,000.00 X 2.5% = RM2,750 sahaja

 

2. Simpanan Bukan Syariah

Jumlah pengeluaran KWSP yang wajib dizakatkan adalah

Pokok + Dividen Patuh Syariah (iaitu 50% daripada jumlah keseluruhan dividen yang diperolehi).

Contohnya :

Amaun Asal Simpanan: RM100,000.00

Perolehan Dividen(10%) : Rm10,000.00

50% dari RM10,000 = RM5,000 (Patuh Shariah)

50% dari RM10,000 = RM5,000 (Tidak Patuh Syariah)

Kiraan zakat yang diambil kira adalah:

RM100,000 + RM5,000 X 2.5% = RM2,625 sahaja

© 2018 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG