Monday, 15 October 2018 02:36

Adakah Zakat Pendapatan wajib dan apakah dalil kewajibannya?

Rate this item
(0 votes)

Ya, Zakat Pendapatan adalah wajib sebagaimana yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang tahun 2001 dan berdalilkan firman Allah S.W.T dalam surah al Baqarah yang bermaksud :

“Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji.”

dan hadis daripada Abu Musa Asyaa`ri R.A  bahawasanya Nabi SAW bersabda :

“Setiap orang Islam diwajibkan zakat, mereka berkata kepada Rasulullah : Wahai Nabi Allah, kalau kami tidak memiliki harta, bagaimana? Jawab baginda: Berusahalah kamu dengan sepenuh tenaga bagi menyara diri kemudian bayarlah zakat. Mereka berkata lagi : usaha kami tidak berhasil? Jawab baginda: Berilah pertolongan kepada orang yang berhajat. Mereka berkata lagi : Kalau kami tidak berupaya? Sabda baginda: bergiatlah dalam perkara ma’ruf mencegah terjadinya keburukan. Sesungguhnya pekerjaan itu bagi kamu adalah sadaqah (zakat).”

(Riwayat Bukhari dan Nasa’i)

 

Read 335 times
© 2019 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG