Monday, 15 October 2018 02:39

Apakah pengertian Zakat Pendapatan?

Rate this item
(0 votes)

Zakat Pendapatan ialah zakat yang dikenakan ke atas pendapatan atau perolehan yang diperolehi seseorang melalui sumber-sumber yang sah dan halal setelah ditolak Had Kifayah. Pendapatan atau perolehan tersebut adalah :

a. Harta Pendapatan, Gaji, dan Upah

Segala pendapatan yang diperoleh seseorang daripada majikannya hasil daripada usaha atau pekerjaan yang dilakukan untuk majikannya sama ada semasa berkhidmat, selepas berkhidmat atau selepas kematiannya (pencen terbitan).

Contoh; Gaji, Upah, Bonus, Pencen, Insentif, Gratuiti, Dan Lain-lain.

b. Harta Hasil Pekerjaan Bebas

Segala pendapatan yang diperoleh seseorang hasil daripada pekerjaan yang dilakukan atas usaha sendiri tanpa ada kaitan dengan pihak lain dalam bentuk kerja bebas atau perkhidmatan professional.

Contoh; Doktor, Peguam, Kontraktor, Komisen, Arkitek, Royalti Hakcipta, Dan Lain-lain.

c. Harta Hasil Aset Tetap

Harta yang tetap induknya tetapi boleh berkembang dengan mendatangkan pendapatan melalui sewaan atau jualan hasilnya.

Contoh; Hasil sewaan rumah, kenderaan, Hasil ladang getah, Hasil ladang sawit, Hasil pertanian selain padi, Hasil ternakan seperti telur, susu, Dan Lain-lain.

 

Read 370 times
© 2019 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG