Qada zakat bermaksud, menunaikan zakat yang wajib ditunaikan pada masa yang telah lalu; namun gagal ditunaikan oleh kerana lupa, sengaja meninggalkanya atau atas apa-apa alasan lain sehingga berlalu haulnya (setahun), maka ia wajib ditunaikan segera.
Hukum qada zakat adalah wajib dan berdosa jika sengaja diabaikan.
Cara Menunaikan Zakat
Merujuk kepada persoalan yang diutarakan, hasil penggajian merupakan sesuatu bayaran yang diperolehi seseorang daripada majikannya hasil daripada usaha atau pekerjaan yang dilakukan untuk majikannya samada semasa berkhidmat atau selepas kematiannya (pencen terbitan).
Adapun pendapatan yang tidak dikenakan zakat adalah seperti tuntutan lojing, tuntutan ke luar negara, tuntutan keraian, tuntutan perbatuan atau apa-apa tuntutan yang menggunakan pendahuluan wang pekerja.
Penjelasan lanjut, sila rujuk Nota Penerangan ZP 2020
http://new.zakatpahang.my/images/wajibtaksir/NOTA%20PENERANGAN%20ZP%202020.pdf
Sekian, terima kasih.
Perbezaan ini wujud disebabkan penentuan kadar Had Kifayah di setiap negeri adalah berbeza antara satu sama lain.
Nafkah yang diterima isteri dari suami tidak dikategorikan sebagai hasil pendapatan kerana nafkah tersebut diperolehi dengan sebab perkahwinan bukan dengan sebab pekerjaan dan nafkah tersebut tidak perlu dizakatkan.