Wednesday, 08 July 2020 01:56

Adakah claim, seperti claim perjalanan dan penempatan ketika melakukan urusan kerja luar, perlu dikira sebahagian daripada pendapatan dalam zakat pendapatan?

Rate this item
(0 votes)

Merujuk kepada persoalan yang diutarakan, hasil penggajian merupakan sesuatu bayaran yang diperolehi seseorang daripada majikannya hasil daripada usaha atau pekerjaan yang dilakukan untuk majikannya samada semasa berkhidmat atau selepas kematiannya (pencen terbitan).

Adapun pendapatan yang tidak dikenakan zakat adalah seperti tuntutan lojing, tuntutan ke luar negara, tuntutan keraian, tuntutan perbatuan atau apa-apa tuntutan yang menggunakan pendahuluan wang pekerja.

Penjelasan lanjut, sila rujuk Nota Penerangan ZP 2020
http://new.zakatpahang.my/images/wajibtaksir/NOTA%20PENERANGAN%20ZP%202020.pdf

Sekian, terima kasih.

Read 56 times
© 2019 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG