Wednesday, 08 July 2020 01:57

Bolehkah saya membuat potongan yang lebih daripada yang sepatutnya dengan niat untuk membayar zakat pendapatan yang saya tidak tunaikan sejak mula bekerja pada ogos 1998 sehingga ogos 2013?

Rate this item
(0 votes)

Qada zakat bermaksud, menunaikan zakat yang wajib ditunaikan pada masa yang telah lalu; namun gagal ditunaikan oleh kerana lupa, sengaja meninggalkanya atau atas apa-apa alasan lain sehingga berlalu haulnya (setahun), maka ia wajib ditunaikan segera.

Hukum qada zakat adalah wajib dan berdosa jika sengaja diabaikan.

Cara Menunaikan Zakat

  • Qada’ zakat adalah berdasarkan kepada nisab ketika haul yang terdahulu.
  • Pembayaran qada’ zakat ini boleh dibuat secara ansuran atau mengikut kemampuan.
  • Pembayaran zakat ini juga boleh dibuat sama ada dengan mengunjungi cawangan zakat di seluruh Pahang atau kaedah lain iaitu membuat pembayaran melalui potongan gaji, ejen bank, internet dan lain-lain kaedah yang disediakan oleh PKZP.
Read 56 times
© 2019 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG