Peniaga atau pihak syarikat seperti Sdn Bhd, Berhad dan seumpamanya boleh menikmati rebat cukai korporat atau lebih tepat dinamakan potongan cukai ke atas zakat perniagaan yang dibayar adalah tertakluk kepada had maksima 2.5% daripada pendapatan agregat syarikat tersebut (yang tidak mengambil kira cukai, inflasi, hutang piutang dan sebagainya).

Adapun perniagaan yang bersifat milikan individu (Enterprise) seperti peniaga runcit, restoran, perkhidmatan dan sebagainya maka mereka boleh menikmati rebat penuh cukai atas semua jumlah zakat yang dibayar.

Bagi yang TIDAK MEMPUNYAI penyata kewangan yang lengkap, kaedah pengiraan zakat adalah seperti berikut

  • Ada stok barang, contoh: kedai runcit, kedai buku,pasar raya - kaedah seperti kaedah modal kerja
  • Tiada stok barang, contoh: kontraktor - (Terimaan Perniagaan - Perbelanjaan Perniagaan) = Keuntungan setahun x 2.5%
  1. 1. KAEDAH MODAL BERKEMBANG

Ekuiti pemilik (+) Liabiliti Jangka Panjang (–) Aset Tetap (–) Aset Bukan Semasa (+/–) Pelarasan (=) Harta perniagaan yang diwajibkan zakat

  1. 2. KAEDAH MODAL KERJA

Aset Semasa (–) Liabiliti Semasa (+/–) Pelarasan (=) Harta perniagaan yang diwajibkan zakat

Ya sama, kadar zakat perniagaan adalah 2.5% sahaja dari jumlah keseluruhan nilai harta yang dimiliki.

Page 1 of 2
© 2019 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG