Nisab

Kadar Yang Diwajibkan Zakat

40-120

1 kambing atau biri-biri

121-200

2 kambing atau biri-biri

201-399

3 kambing atau biri-biri

Nota: sekiranya biri-biri maka umurnya mestilah 1 tahun atau lebih dan sekiranya kambing mestilah berumur 2 tahun atau lebih.

Panduan: bagi jumlah 400 ekor ke atas, zakatnya ialah 1 ekor bagi setiap 100 ekor.

Had minima nisab bagi zakat ternakan lembu/kebau ialah apabila seseorang memiliki 30 ekor binatang lembu/kerbau. Dan bertambah mengikut ketetapan seperti jadual di bawah:

Nisab

Kadar Yang Diwajibkan Zakat

30-39

1 jantan atau betina

40-59

1 betina

60-69

2jantan

70-79

1jantan& 1 betina

80-89

2 betina

90-99

3 jantan

100-109

2 jantan& 1 betina

110-119

1 jantan & 2 betina

  • Sekiranya jantan maka umurnya mestilah 1 tahun atau lebih dan betina mestilah berumur 2 tahun atau lebih.
  • Apabila bilangan itu lebih daripada yang dinyatakan di atas,maka bagi setiap 30 ekor lembu/ kerbau diwajibkan 1 ekor lembu jantan yang berumur 1 tahun. Bagi setiap 40 ekor lembu diwajibkan zakat 1 ekor lembu betina yang berumur 2 tahun.
  • Jika ternakan bercampur antara lembu dan kerbau,maka zakatnya terserah kepada pembayar sama ada mahu memberi lembu atau kerbau daripada peliharaan itu.

Nisab bagi zakat ternakan unta bermula apabila seseorang itu memiliki 5 ekor unta dan tidak diwajibkan zakat sekiranya kurang dari jumlah tersebut. Kemudian iainya bertambah berdasarkan jadual di bawah :

Nisab

Kadar Yang Diwajibkan Zakat

5-9

1 ekor kambing

10-14

2 ekor kambing

15-19

3 ekor kambing

20-24

4 ekor kambing

25-35

Bintu makhad-unta yang usianya 2 tahun

36-45

Bintu labun-unta yang usianya 3 tahun

46-60

Hiqqah- unta yang usianya 4 tahun

61-75

Jaza’ah-unta yang usianya 5 tahun

76-90

2 ekor bintu labun

91-120

2 ekor Hiqqah

Jikalau jumlah unta lebih dari 120 ekor, maka wajib bagi setiap tambahan 40 ekor unta dikeluarkan seekor bintu labun dan tambahan 50 ekor unta dikeluarkan seekor Hiqqah. Ini bermakna jikalau berlalunya haul, 3 ekor bintu labun dan seekor hiqqah. Ini kerana 170 ekor unta adalah 3 kali jumlah 40 dan sekali jumlah 50 (3x40)+(1x50)=120+50=170.

  • Islam
  • Merdeka
  • Cukup Nisab
  • Cukup Haul
  • Hendaklah ia “saimah” (gembalaan)
  • Milik Sempurna
Page 1 of 2
© 2019 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG