Terdapat dua kaedah yang boleh digunakan untuk mengira Zakat Pendapatan samada berdasarkan Tolakan Had Kifayah atau tanpa tolakan Had Kifayah. Kaedah berdasarkan kepada Tolakan Had Kifayah bermaksud pendapatan dari semua sumber dalam setahun ditolak dengan tolakan Had Kifayah dalam tempoh satu tahun, di darab dengan 2.5%. Manakala keadah Tanpa Tolakan pula adalah pendapatan dari semua sumber dalam tempoh satu tahun di darab dengan 2.5%.

Monday, 15 October 2018 03:32

Adakah wajib qada' Zakat Pendapatan?

Ya, zakat pendapatan yang masih belum tertunai hendaklah diqada’ oleh individu yang telah layak berzakat tapi tidak melaksanakan kewajipannya.

Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang  telah memutuskan bahawa Zakat Pendapatan adalah wajib pada tahun 2001.

Manakala Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan bersetuju bahawa Zakat Pendapatan adalah wajib bagi orang yang layak mengeluarkan zakat pada Jun 1997 lagi.

Monday, 15 October 2018 03:30

Berapakah kadar zakat pendapatan?

Kadar Zakat Pendapatan adalah sebanyak 2.5% berpandukan kepada kadar zakat emas.

Mengapa kadar zakat pendapatan hanya sebanyak 2.5%?

Kadar zakat pendapatan sebanyak 2.5% adalah berpandukan kepada kadar zakat emas. Ini kerana gaji dan pendapatan yang diterima dalam bentuk mata wang atau nilaian  wang.

Page 4 of 5
© 2019 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG