Wang KWSP diwajibkan zakat serta-merta apabila pencarum mengeluarkan wang tersebut (sama ada ketika bersara, membeli rumah dan sebagainya) dan jumlah pengeluaran tersebut mencapai atau melebihi nisab. Permulaan tarikh haul diambil kira apabila cukup nisab dari jumlah simpanan yang dicarum.

  • Simpanan Tetap

Zakat 2.5 % daripada keseluruhan simpanan tersebut

  • Simpanan Biasa

Zakat 2.5 % dari nilai terendah (cukup nisab) dalam tempoh setahun simpanan tersebut

Monday, 06 July 2020 07:30

Berapakah kadar zakat wang simpanan?

Seseorang yang memiliki wang yang sama ataupun lebih daripada kadar nisab tersebut, dan berlalu ke atasnya haul dengan syarat terdahulu, dia wajib mengeluarkan zakat sebanyak 2.5% daripada keseluruhan jumlah harta yang cukup haul yang menjadi miliknya.

  • Islam
  • Merdeka
  • Cukup nisab
  • Cukup haul
  • Milik sempurna

carian soalan lazim

© 2019 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG