Monday, 06 July 2020 07:29

Apakah dalil zakat wang simpanan?

“Tiada wajib atas engkau sesuatu (pada emas) sehingga engkau memiliki 20 dinar (85 gram). Apabila ada pada engkau 20 dinar dan cukup haul, maka wajiblah zakat padanya1/2 dinar (2.5%) daripada jumlah kesuluruhannya”.  (riwayat Abu Daud)

Monday, 06 July 2020 07:28

Apa itu zakat wang simpanan?

wang yang disimpan di dalam akaun simpanan, akaun simpanan tetap, simpanan semasa, saham, saham amanah serta lain-lain bentuk simpanan.

Contohnya: wang yang disimpan di institusi perbankan,institusi kewangan (Amanah saham, Tabung Haji, KWSP,LTAT dan lain-lain), dan simpanan di rumah.

Harta Rikaz wajib dikeluarkan zakatnya bila terjumpa atau dijumpa. Tidak ada tempoh waktu(haul). Harta ini perlu menemui dengan kadar wang sebanyak 85 gram emas atau 595 gram perak dengan kadar zakat adalah 20% dari jumlah keseluruhan harta tersebut.

Monday, 06 July 2020 07:25

Berapakah kadar Zakat Rikaz?

  1. Apabila seseorang itu memperolehi emas atau perak dan apa yang diperolehinya cukup nisabnya maka dia wajib mengeluarkan zakat pada waktu itu juga dengan kadar 20% daripada jumlah keseluruhannya.
  2. Tidak disyaratkan haul pada maadin/galian dan rikaz kerana keduanya dikeluarkan daripada perut bumi dan ia serupa dengan tanaman. Jadi, diambil zakatnya sebagaimana diambil zakat tanaman iaitu sewaktu pengutipan hasilnya selepas ia dibersihkan dan diproses daripada kotoran yang bercampur dengannya.

carian soalan lazim

© 2019 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG