Sedia maklum kadar amaun bagi semua kategori dalam HadKifayah telah dikaji terlebih dahulu sebelum ditentukan dalam kiraan termasuk juga Pelepasan / Pemberian wajib Kepada Ibu Bapa dan Tolakan Lain dan ianya ada limitasi tertentu. Penggunaan limitasi ini adalah kerana bagi memastikan kadar tersebut sentiasa berada dalam lingkungan Had Kifayah (tidak sekadar peringkat doruriyat atau sehingga melepasi peringkat Tahsiniyat) yang telah ditetapkan oleh Syara'.

Dasar penentuan kadar amaun bagi setiap kategori dalam Had Kifayah ditentukan berdasarkan pendekatan Pertenghan atau Sederhana (al I'tidal wa al Tawazun) atau disebut didalam Maqasid Syariah sebagai Hajiyat (keperluan) dengan mengambil kira semua lapisan masyarakat di negeri Pahang termasuk latar belakang demografi dan tahap keperluan asas bersasarkan kepada beberapa rujukan utama negara dan dunia sebagai contoh COICOP oleh Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), harga barangan semasa dan PGK oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan dijadikan sebagai satu garis panduan untuk dijadikan  perkiraan dalam Had Kifayah yang perlu dipatuhi.

Pembahagian ini disebabkan wujudnya perbezaan nafkah tanggungan yang wajib atau perlu ditanggung oleh kedua dua kategori ini berdasarkan Syara’.

Perbezaan ini wujud disebabkan penentuan kadar Had Kifayah di setiap negeri adalah berbeza antara satu sama lain.

Page 2 of 5
© 2019 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG