Penetapan kadar amaun bagi setiap kategori Had Kifayah di negeri Pahang ditentukan melalui kaedah kajian perpustakaan dan lapangan dengan mengambil kira perbelanjaan keperluan asasi yang merangkumi 9 item keperluan asasi pada masa kini.

Tolakan Had Kifayah digunapakai dalam kiraan Zakat Pendapatan kerana ianya adalah penilaian terbaik dalam menentukan keperluan lengkap bagi menjamin kelansungan hidup seseorang individu dan mereka yang berada di bawah tangunggannya dan ianya juga bertetapan dengan keperluan dan kehendak Syara’.

Tolakan Had Kifayah terdiri daripada 2 komponen iaitu komponen Kategori dan komponen Item

Kategori Had Kifayah yang terbahagi kepada 4 kategori iaitu

  1. Diri Sendiri samada (bujang atau berkahwin)
  2. Pasangan
  3. Anak 7 tahun ke atas
  4. Anak 0-6 tahun

Item Had Kifayah yang terbahagi kepada 9 item iaitu :

  1. Makanan
  2. Kediaman
  3. Pakaian
  4. Utiliti
  5. Pengangkutan
  6. Kesihatan
  7. Komunikasi
  8. Pendidikan
  9. Saraan Moden

Tolakan Had Kifayah adalah tolakan kadar minimum yang selayaknya bagi menjamin seseorang beserta tanggungannya untuk menjalani kehidupan.

Page 3 of 5
© 2019 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG