Tuesday, 12 April 2022 05:03

IFTAR BERSAMA KOPERASI WILAYAH TIMUR DAN PENYERAHAN ZAKAT KOPERASI SAWIT 10

Rate this item
(0 votes)

7 April 2022, KUANTAN – Bersempena dengan Ramadhan Al Mubarak, suatu program Iftar bersama 120 orang wakil Koperasi Wilayah Kuantan telah diadakan di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 Kuantan.

Program ini dilangsungkan dengan kerjasama 3 rakan strategik iaitu Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Pahang (SKM), Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) dan Pusat Kutipan Zakat Pahang (Zon Timur). Objektif program adalah bertujuan untuk menyampaikan info-info berkaitan kemudahan-kemudahan untuk koperasi dan juga motivasi kesedaran menunaikan zakat koperasi. 

Di dalam program tersebut, terdapat tiga slot sebagai pendedahan kepada para peserta  iaitu takilimat “Pematuhan Syariah Angkasa” disampaikan oleh  Ust Mohamad Azhari bin Ahmad, Pengurus Syariah dan Pembangunan Zakat ANGKASA, “Tazkirah Quality Moment” bersama YH Dato’ Haji Badlishah bin Alauddin, Imam Besar Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 dan “Taklimat Produk Pembiayaan Suruhanjaya Koperasi Malaysia” oleh Encik Muhammad Solehuddin bin Zulkifli, Ketua Bahagian Pembangunan Koperasi SKM Negeri Pahang.

Di samping itu Koperasi Sawit 10 Kuantan Berhad yang diwakili oleh Pengurus Besar, Puan Rafizawati bin Mohd Nafis telah menyerahkan zakat perniagaan tahun 2021 sempena program tersebut. Semoga Allah SWT mengurniakan sebaik-baik ganjaran terhadap zakat yang telah dikeluarkan dan memberkati segala harta mereka yang masih tinggal.

Disediakan oleh:
Mohd Faiz bin Mohd Shukor
Unit Perniagaan
Pusat Kutipan Zakat Kuantan

Read 634 times