Thursday, 21 April 2022 07:05

Booth PKZ semasa program nuzul Quran

Rate this item
(0 votes)

14 April 2022, KUANTAN – Bersempena dengan sambutan Nuzul Al-Quran 1443H, Masjid Negeri Negeri Sultan Ahmad 1 Kuantan telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran Perdana Dan Sambutan Nuzul Al-Quran.

Program ini, berlangsung dengan pengisian tazkirah khas yang disampaikan oleh YH Dato’ Haji Badlishah bin Alauddin, Imam Besar Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 serta penampilan istimewa oleh Maulana Wan Helmi dan Man Raja Lawak dalam program “Santai Dhuha Nuzul Quran”. Seramai 200 tetamu telah datang memeriahkan program separuh hari tersebut.

Program ini juga turut dimeriahkan dengan pembukaan beberapa booth seperti Klinik al-Zahrah, Pejabat Agama Islam Daerah Kuantan, Pusat Kutipan Zakat Pahang dan Wakaf Pahang. Objektif pembukaan booth Pusat Kutipan Zakat dan Wakaf Pahang di dalam program ini adalah bertujuan untuk menyampaikan penerangan info-info berkaitan zakat dan wakaf serta menyediakan kemudahan taksiran dan pembayaran zakat kepada tetamu-tetamu yang hadir di dalam program ini. 

Disediakan oleh,
Mohd Akmal Afif bin Mohd Nasir
Bahagian Korporat Dan Perhubungan Awam
Pusat Kutipan Zakat Pahang

Read 518 times