Thursday, 23 June 2022 07:10

TAKLIMAT ZAKAT BERSAMA KOSMA

Rate this item
(0 votes)

17 JUN 2022, Muadzam Shah - Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ) Cawangan Muadzam Shah telah mengadakan sesi Taklimat Zakat Harta bertempat di Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA) pada 16 Jun 2022 bersamaan 16 Zulkaedah 1443 Hijriyyah. Para hadirin mulai hadir pada jam 2.45 tengah hari dan terus memenuhi Dewan Auditorium KOSMA. Program tersebut telah dihadiri lebih 50 orang hadirin yang terdiri daripada Pengurus Ladang Encik Yusof bin Jaafar serta kakitangan pejabat dan ladang KOSMA. Taklimat telah disampaikan oleh Penolong Pegawai Zakat Pahang Cawangan Kuantan, Ustaz Mohd Amran bin Abdul Hamid. Petugas PKZ Pahang yang hadir turut membatu hadirin mengisi borang Potongan Zakat Bulanan (PZB) di samping menyampaikan info mengenai zakat dan wakaf.

Pengurus PKZ Zon Timur, Tuan Haji Azmi bin Othman mewakili pihak PKZ Pahang mengucapkan ribuan terima kasih kepada hadirin yang menghadiri sesi taklimat dan berharap semua pihak dapat bersama-sama PKZ Pahang dalam meningkatkan kesedaran Masyarakat Islam khususnya di Negeri Pahang bagi menunaikan kefardhuan Zakat

Disediakan oleh,
Mohd Hanif bin Mohd Nor
Pegawai Zakat
PKZ Cawangan Muadzam Shah

Read 31 times