Thursday, 23 June 2022 07:11

MELAYU, ISLAM, BERAJA

Rate this item
(0 votes)

21 JUN 2022, Kuantan –Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 Kuantan telah mengadakan Majlis Forum M.I.B (Melayu, Islam, Beraja) siri 1 yang berlangsung dengan jayanya dengan kehadiran tetamu dari dalam dan luar negeri pahang. Program ini, berlangsung selepas maghrib dengan pengisian tazkirah khas yang disampaikan oleh YH Dato’ Haji Badlishah bin Alauddin, Imam Besar Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 serta penampilan istimewa oleh Tuan Haji Mohd Al-Hamadi bin Haji Abu Bakar, Guru Besar SK Padang Garuda, Kuantan yang merangkap cucu Mat Kilau dan Yang Dipertua Seni Silat Tapak Setia Suci Warisan Mat Kilau (TSS). Seramai lebih 300 tetamu telah datang bagi memeriahkan program pada malam tersebut di samping hampir 1000 penonton yang mengikuti program secara dalam talian melalui page Masjid Negeri.

Program ini juga turut dimeriahkan dengan pembukaan beberapa booth seperti booth pameran senjata lama melayu, booth koleksi buku sejarah lama dan tidak ketinggalan booth Pusat Kutipan Zakat dan Wakaf Pahang. Objektif pembukaan booth Pusat Kutipan Zakat dan Wakaf Pahang di dalam program ini adalah bertujuan untuk menyampaikan penerangan info-info berkaitan zakat dan wakaf serta menyediakan kemudahan taksiran dan pembayaran zakat kepada tetamu-tetamu yang hadir di dalam program ini. 

Disediakan oleh,
Mohd Akmal Afif bin Mohd Nasir
Bahagian Korporat Dan Perhubungan Awam
Pusat Kutipan Zakat Pahang

Read 38 times