Tuesday, 28 June 2022 05:57

BUAL BICARA ZAKAT MUIP DAN PKZ

Rate this item
(0 votes)

22 JUN 2022, Raub –Masjid Abu Bakar As Siddiq1 Dong telah mengadakan program bual bicara dengan tajuk “Harta Yang Membahagiakan” yang berlangsung dengan jayanya dengan kehadiran penduduk setempat. Program ini, berlangsung selepas maghrib dengan ucapan aluan tuan tuan Imam Masjid Abu Bakar As-Sidiq Ustaz Sahadan bin Hasan dan diteruskan dengan penyampaian ahli panel jemputan iaitu Ustaz Mohd Isa bin Husain selaku Pengurus Cawangan MUIP daerah Maran dan panel jemputan kedua Tuan Mohd Zaisam bin Husain selaku Pengurus Zon Barat PKZ Pahang.

Seramai lebih hampir 100 tetamu telah datang bagi memeriahkan program pada malam tersebut di samping hampir 30 penonton yang mengikuti program secara dalam talian melalui page facebook Masjid Abu Bakar.

Objektif program ini adalah bertujuan untuk menyampaikan penerangan info-info berkaitan kefardhuan zakat harta dan program-program bantuan zakat. Adalah diharapkan program seumpamam ini mampu memberi impak yang positif kepada masyarakat dalam memahami kewajipan berzakat dan seterusnya menjadi penyumbang kepada dana zakat negeri Pahang.

Disediakan oleh,
Mohd Akmal Afif bin Mohd Nasir
Bahagian Korporat Dan Perhubungan Awam
Pusat Kutipan Zakat Pahang

Read 133 times