Tuesday, 28 June 2022 05:58

PROGRAM BERSEPADU ZAKAT DI FELDA SELENDANG 1

Rate this item
(0 votes)

23 JUN 2022, ROMPIN - Pusat Kutipan Zakat Pahang daerah Rompin telah mengadakan program bersama masyarakat yang bertempat di Masjid Firdaus Felda Selendang 1. Program yang berlangsung selama dua hari bermula 23 dan 24 Jun 2022 ini diisi dengan pengisian kuliah maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Firdaus bin Abd Rasid dan pada keesokannya program diteruskan dengan penyampaian khutbah jumaat yang disampaikan oleh ustaz Muhammad Syukri bin Adzhar.

Program yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk memberi penerangan kepada masyarakat berkaitan kewajipan zakat peneroka dan memastikan setiap lapisan peneroka memahami tentang kefardhuan dan kaedah pengiraan zakat hasil ladang mereka. Pusat Kutipan Zakat Pahang akan meneruskan pelbagai program penerangan seperti kuliah, khutbah, ziarah blok, taklimat ‘roll call’ dan program-program bersama yang lain di masa akan datang bagi menerangkan tentang kewajipan membayar zakat harta ini kepada masyarakat.

PKZ Pahang merakamkan penghargaan di atas kerjasama mantap daripada peneroka Felda Selendang 1 di atas peluang yang diberikan untuk menyampaikan dakwah zakat ini. Semoga warga Felda Selendang 1 terus istiqomah dalam membayar zakat dan didoakan hidup mereka sentiasa dilimpahi rahmat daripada Allah SWT.

Disediakan oleh,
Mohd Akmal Afif bin Mohd Nasir
Bahagian Korporat Dan Perhubungan Awam
Pusat Kutipan Zakat Pahang

Read 254 times