Friday, 23 September 2022 02:01

PKZ PAHANG MENERIMA KUNJUNGAN PUSAT PUNGUTAN ZAKAT MAIWP

Rate this item
(0 votes)

KUANTAN, 20 September 2022 – Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) telah sudi berkunjung ke Pusat Kutipan Zakat (PKZ Pahang) bagi berbincang berkenaan pengurusan kutipan zakat. Kunjungan PPZ MAIWP diketuai oleh Tan Sri Dato Sri Dr Abdul Aziz bin Abdul Rahman, Pengerusi PPZ-MAIWP bersama Tuan Haji Abdul Hakim Amir bin Osman, Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Encik Fahmi bin Ismail, Pengurus Besar Operasi Luar dan beberapa pegawai PPZ-MAIWP lain.

PKZ Pahang berbesar hati menerima kunjungan ini dengan majlis sambutan diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Ugama Islam Pahang, YH Dato’ Ahmad Hairi bin Hussain bersama Pengurus Besar Kanan PKZ Pahang, Dato’ Haji Halidan bin Md Daud serta Ketua-ketua Bahagian PKZ Pahang di Ibu Pejabat.

Objektif kunjungan ini adalah bertujuan membincangkan beberapa perkara termasuk mengenai strategi kutipan zakat dan program-program khas kempen zakat. Taklimat berkenaan prestasi dan aktiviti PKZ Pahang disampaikan oleh Ketua Bahagian Korporat, Tuan Haji Che Samsol bin Ibrahim BizZakat manakala penerangan berkenaan Biz-Zakat telah disampaikan oleh Ketua Bahagian Pemasaran, En. Zafridan bin Mohd Daud.

PKZ Pahang merakamkan penghargaan kepada PPZ WAIWP di atas kesudian mengunjungi pihak ibu pejabat dan berharap agar silaturrahim yang telah terjalin ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Disediakan oleh,
Mohd Akmal Afif bin Mohd Nasir
Bahagian Korporat Dan Perhubungan Awam
Pusat Kutipan Zakat Pahang

Read 72 times