KUANTAN, 10 September 2019 – Kaunter Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ) dibuka khas untuk para pegawai dan kakitangan serta pelanggan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Cawangan Kuantan sempena Program Maal Hijrah. Kaunter tersebut memberi peluang kepada para pengunjung untuk membuat pertanyaan, kiraan dan pembayaran zakat tanpa perlu ke pejabat PKZ di tengah-tengah bandar dan mengelak daripada masalah mencari tempat parkir.Kaunter yang dibuka di ruang legar Dewan Indera Perdana di tingkat 1 Menara Hasil beroperasi dari jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para pengunjung dan menerima 14 borang bayaran zakat melalui potongan gaji dengan jumlah potongan…
03 Oktober 2019, Kuantan - Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ) telah menerima  kunjungan hormat daripada para pensyarah dan pelajar Fakuti Kewangan Islam dan Pentadbiran Perniagaan Kolej Univeristi Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS). Rombongan seramai 11 orang itu telah diketuai oleh Pensyarah Kanan fakulti berkenaan, Puan Nor Azah binti Abdul Jalil dan seorang pensyarah lain iaitu Cik Norhasliza Hanum binti Ishak. Tujuan kunjungan adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar terhadap fungsi dan realiti industri pekerjaan. Sesi taklimat telah disampaikan oleh Haji Che Samsol bin Ibrahim, Ketua Bahagian Korporat PKZ Pahang, Ustaz Felza Zulrafaee bin Abdul Hamid, Ketua Bahagian Dakwah…
Kuantan, 28 September 2019/28 Safar 1441H – Lebih daripada 89 orang pegawai dan kakitangan Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang termasuk 5 orang kakitangan sambilan menghadiri Majlis Makan Malam dan Penyampaian Anugerah PKZ Pahang bagi tahun 2019 yang bertempat di Dewan Sanggang Perdana, Hotel Seri Malaysia Kuantan.Sebelum majlis bermula, pembentangan laporan prestasi PKZ Pahang sepanjang 2019 dan kaedah pemarkahan KPI kakitangan diadakan pada jam 2.30 petang hingga jam 5.00 petang. Majlis bermula jam 8.30 malam dengan bacaan doa, ucapan aluan daripada Pengurus Besar Kanan (PBK) PKZ Pahang, YH Dato Haji Halidan bin Md Daud dan Setiausaha Majlis Ugama Islam Dan Adat…
Segala puji dan syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan izinNya, PKZ Kuantan telah mengadakan program 5 serangkai sempena Sayyidul Ayyam (Jumaat) bertempat di Masjid Kampung Pandan 2, Jalan Pintasan Kuantan pada 27 September 2019. Di antara aktiviti yang diadakan sempena program tersebut adalah : Khutbah Jumaat yang disampaikan oleh Ustaz Anuar bin Hassan bertajuk: Bizzakat Sokong Ekonomi Ummah Bicara Muslimat oleh Ust Mohd Amran bin Abdul Hamid, Penolong Pegawai Zakat Kuantan bertajuk : Saham Akhirat Kuliah Al-Waidz oleh Ust Mohd Azmi bin Haji Othman, Pengurus Zon Timur bertajuk : Jangan Risau Penyerahan zakat perniagaan Koperasi Masjid Kg Pandan 2 Kaunter…