Segala puji dan syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan izinNya, bersempena dengan kehadiran bulan Muharram 1441hijrah, Pusat Kutipan Zakat daerah Kuantan telah mengadakan kunjungan bagi menyantuni pembayar-pembayar zakat perniagaan tegar di seluruh daerah Kuantan.Alhamdulillah, pada tahun ini PKZ telah memperkemaskan modus operasi iaitu disamping membantu membuat taksiran zakat perniagaan mereka, pegawai zakat juga turut meletakkan penanda (signage) usahawan BizZakat di setiap premis perniagaan yang dikunjungi sebagai usaha menggalakkan orang ramai berurusan dengan peniaga tersebut.Sehingga 31 Ogos 2019, bilangan peniaga berzakat di daerah Kuantan meningkat 7.1% iaitu seramai 374 orang berbanding tahun lalu 349 orang. Didoakan dengan fadhilat zakat yang dibayar, semoga perniagaan mereka terus bertambah maju pada masa hadapan.…