Kuantan, 26 Jun 2019 - Dalam meraikan bulan Syawal yang penuh meriah, Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang telah mengadakan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri peringkat Ibu Pejabat PKZ Pahang pada 26 Jun 2019 bersamaan 22 Syawal 1440 Hijriyyah. Para jemputan mulai hadir pada jam 11 pagi dan terus memenuhi Bilik Seminar Ibu Pejabat PKZ Pahang sehingga jam 2.30 petang. Rumah terbuka tersebut telah dihadiri lebih 400 orang tetamu yang terdiri daripada para pembayar, ejen–ejen zakat dan wakil-wakil jabatan sekitar Kuantan. Majlis sambutan turut diserikan dengan kehadiran YH Dato’ Sri Md Shariff bin Shamsuddin, Ahli Majlis Ugama Islam Pahang, YH Dato’ Ahmad Hairi bin Hussin, Setiausaha…