Kuantan – Pada 16 Mei 2019, Kira-kira seramai 190 orang Ketua Jabatan kerajaan dan swasta di seluruh Pahang berbuka puasa bersama YB Dato Sri Dr. Sallehuddin bin Ishak, Setiausaha Sulit Kerajaan Negeri Pahang yang bertempat di Astana Ballroom, Grand Darul Makmur Hotel, Kuantan, Pahang. Ketika berucap di dalam majlis tersebut, YB Dato Sri Dr. Sallehuddin bin Ishak telah menyatakan bahawa hanya 41% daripada 75,000 kakitangan awam di negeri pahang yang telah berzakat. Beliau mengharapkan semua majikan dan kakitangan awam yang bertugas di negeri Pahang terus memberi sokongan terhadap program wajib taksir yang sedang dijalankan oleh Pusat Kutipan Zakat Pahang selaku…