24 MAC 2022, Lipis – Menjadi kelaziman bulanan, Pusat Kutipan Zakat Pahang Zon Barat yang terdiri daripada PKZ Raub, Bentong dan Kuala Lipis akan menziarah para peniaga untuk taksiran dan bayaran zakat perniagaan di sekitar daerah Zon Barat.  Program yang telah dijalankan selama tiga hari ini bermula 21 Mac  sehingga 23 Mac 2022 telah menerima bayaran zakat perniagaan daripada 67 orang peniaga iaitu seramai 25 orang peniaga daerah Raub, 19 orang daerah Lipis dan 23 daerah Bentong. Program kutipan bulanan zakat perniagaan yang dijalankan Pusat Kutipan Zakat Pahang ini adalah bertujuan bagi membantu dan memudahkan urusan pihak peniaga yang tidak…
14 April 2022, KUANTAN – Bersempena dengan sambutan Nuzul Al-Quran 1443H, Masjid Negeri Negeri Sultan Ahmad 1 Kuantan telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran Perdana Dan Sambutan Nuzul Al-Quran. Program ini, berlangsung dengan pengisian tazkirah khas yang disampaikan oleh YH Dato’ Haji Badlishah bin Alauddin, Imam Besar Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 serta penampilan istimewa oleh Maulana Wan Helmi dan Man Raja Lawak dalam program “Santai Dhuha Nuzul Quran”. Seramai 200 tetamu telah datang memeriahkan program separuh hari tersebut. Program ini juga turut dimeriahkan dengan pembukaan beberapa booth seperti Klinik al-Zahrah, Pejabat Agama Islam Daerah Kuantan, Pusat Kutipan Zakat Pahang dan…
15 April 2022, KUANTAN - Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ Pahang) dengan kerjasama pihak McDonald’s Malaysia telah meraikan 40 orang anak-anak yatim di dalam majlis berbuka puasa bersama mereka bertempat di Rumah Anak Yatim Dan Miskin Permata Camar, Kuantan. McDonald’s Malaysia telah diwakili oleh Encik Azhar bin Darbi, Naib Presiden Sumber Manusia merangkap Pengerusi Jawatankuasa Halal Dalaman manakala Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) diwakili Encik Khairudin bin Ismail, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan Dan Dasar) dan Pusat Kutipan Zakat Pahang pula diwakili Haji Che Samsol bin Ibrahim, Ketua Bahagian Korporat Dan Perhubungan Awam. Turut hadir di…
7 April 2022, KUANTAN – Bersempena dengan Ramadhan Al Mubarak, suatu program Iftar bersama 120 orang wakil Koperasi Wilayah Kuantan telah diadakan di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 Kuantan. Program ini dilangsungkan dengan kerjasama 3 rakan strategik iaitu Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Pahang (SKM), Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) dan Pusat Kutipan Zakat Pahang (Zon Timur). Objektif program adalah bertujuan untuk menyampaikan info-info berkaitan kemudahan-kemudahan untuk koperasi dan juga motivasi kesedaran menunaikan zakat koperasi.  Di dalam program tersebut, terdapat tiga slot sebagai pendedahan kepada para peserta  iaitu takilimat “Pematuhan Syariah Angkasa” disampaikan oleh  Ust Mohamad Azhari bin Ahmad, Pengurus…