Kuantan, 26 Disember 2017 bersamaan 7 Rabiulakhir 1439H Segala puji dan syukur kehadrat Allah S,W.T di atas limpah rahmatNya, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Co-opbank Persatuan Malaysia Berhad telah menyerahkan zakat perniagaan masing-masing sempena dengan akhir tahun 2017 ini. CIDB Malaysia yang di wakili oleh Pengarah Negeri CIDB Pahang iaitu En Saini bin Saidi telah menyerahkan zakat perniagaan bagi tahun 2016 sebanyak RM46,391.00. Manakala Co-opbank Persatuan yang diwakili oleh Ybhg. Datuk Haji Yusra bin Sabar, Anggota Lembaga Pengarah telah menyerahkan zakat perniagaan bagi tahun 2016 sebanyak RM38,776.90. Majlis penyerahan zakat tersebut telah disempurnakan oleh Pengurus Besar Kanan PKZ…