Gambang, Kuantan – 2 Mei 2018 Bersamaan 16 Syaaban 1439H. Satu slot kesedaran untuk menambahkan lagi pengetahuan dengan Rukun Islam Ketiga iaitu zakat telah disampaikan khusus kepada wanita di dalam Seminar Wanita Profesional : Kerjaya dan Keluarga” anjuran Universiti Malaysia Pahang(UMP) bertempat di Arabian Bay, Bukit Gambang Resort. Slot yang berlangsung selama sejam bermula pada jam 9 pagi sehingga 10.00 pagi telah disampaikan oleh Tuan Haji Mohd Azmi Bin Haji Othman selaku Pengurus Zon Timur, Pusat Kutipan Zakat Pahang(PKZ Pahang) yang dihadiri kira-kira 40 orang peserta wanita yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang kerjaya. Menyahut inisiatif Kebangsaan iaitu Tahun Memperkasakan Wanita…
Kuantan – 4 Mei 2018. Majlis Ugama Islam Dan Adat resam Melayu Pahang (MUIP) mengekalkan kadar zakat fitrah sebanyak RM7.00 berdasarkan harga beras semasa di negeri ini. Timbalan Yang Dipertua MUIP, Dato’ Seri Wan Haji Abdul Wahid bin Wan Hassan berkata, setelah diperkenankan oleh Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, kadar zakat fitrah kekal di negeri ini pada RM7.00 untuk tahun ke 10 berturut-turut sejak tahun 2009. Beliau berkata, semua umat Islam di negeri ini hendaklah mengeluarkan zakat fitrah kepada amil yang diberi tauliah oleh MUIP di tempat masing-masing bermula awal Ramadhan dan selewat-lewatnya sebelum solat sunat Hari…
Kuantan – 10 April 2018. Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) melancarkan Pelaksanaan Wajib Taksir Zakat Pendapatan bagi menggalakkan kira-kira 40,000 kakitangan awam dan swasta menunaikan tanggungjawab berzakat. Majlis pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Yang DiPertua Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang YDH Orang Kaya Indera Pahlawan Dato’ Sri Wan Haji Abdul Wahid Bin Wan Hassan di Hotel Grand Darul Makmur Kuantan. Turut sama hadir ke majlis tersebut ialah Setiausaha Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang, YH Dato’ Ahmad Hairi Bin Husin. Wan Abdul Wahid berkata, pelancaran bertujuan membantu meningkatkan sumber perolehan…
23 MAC 2018 bersamaan 05 REJAB 1439H Istana Abdul Aziz, Bukit Istana Pahang Segala puji dan syukur kehadrat Allah S,W.T di atas limpah rahmatNya, 4 badan korporat dengan jayanya telah menunaikan fadhu zakat bagi suku tahun pertama 2018. Majlis penyerahan zakat tersebut disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Al-MUsta’in Billah bertempat di Istana Abdul Aziz, Bukit Istana Kuantan. Turut hadir dalam majlis tersebut YH Dato’ Ahmad Hairi Bin Hussin, Setiausaha Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dan Pengurus Besar Kanan PKZ Pahang, Dato’…