28 MAC 2022, Cameron Highlands – Sempena lawatan kerja ke daerah Cameron Highlands, Pengurus Besar Kanan PKZ Pahang Yang Hormat Dato’ Haji Halidan bin Md Daud telah meluangkan masa untuk melawat kilang memperoses produk hiliran berasaskan buah Strawberi yang dimiliki oleh salah seorang ahli Bizzakat (direktori pembayar zakat perniagaan) yang terletak di Royal Lily Tanah Rata. Encik Amnan Fakri bin Osman adalah antara usahawan muda yang sedang meningkat naik di daerah Cameron Highlands. Selain daripada mengusahakan projek penanaman strawberi secara komersial, beliau turut menghasilkan produk-produk berasaskan strawberi seperti jem strawberi, kordial, ais krim, sambal bilis dan serunding. Di kilang ini…