KUALA LUMPUR, 09 November 2021 – Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada syarikat Pascorp Paper Sdn Bhd, Koperasi Serbaguna Dara Bhd dan Harqis Empire Sdn Bhd di atas penerimaan Anugerah Zakat Kebangsaan 2021 sempena sambutan Bulan Zakat Kebangsaan 2021. Sambutan Bulan Zakat Kebangsaan 2021 yang dianjurkan oleh Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) secara maya yang bertemakan “Zakat Prihatin: Muzakki Cakna, Asnaf Merasa” merupakan acara tahunan JAWHAR. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB Senator Tuan Haji Idris bin Ahmad, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Turut hadir dalam majlis tersebut, YBhg Dato’ Jamil bin…