1 Julai 2022, Kuantan – Pusat Kutipan Zakat Pahang melalui Bahagian Khidmat Zakat Berjadual (KZB) telah berjaya mengadakan satu program secara maya melalui platfom microsoft team bersama lebih 150 orang kakitangan sekolah di negeri Pahang ini. Program taklimat pemulangan wang zakat kepada sekolah (Wakalah Sekolah) ini berlangsung selama setengah hari dengan penyertaan guru-guru dan kakitangan sekolah-sekolah terpilih dari seluruh negeri Pahang. Program ini, dimulai dengan ucaptama oleh Pengurus Besar Kanan Pusat Kutipan Zakat Pahang YH Dato’ Haji Halidan Bin Md Daud dan diteruskan pula dengan taklimat dari Ketua Bahagian Korporat PKZ Pahang, Tuan Haji Che Samsol bin Ibrahim yang membicarakan…
24 JUN 2022, Kuantan – Telah menjadi kelaziman Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang memberi khutbah Jumaat di masjid-masjid di sekitar negeri Pahang dalam usaha memupuk kesedaran dan penghayatan kewajipan zakat kepada umat Islam. Khutbah Jumaat ini telah diadakan di beberapa daerah sekitar negeri Pahang yang telah disampaikan oleh pegawai Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ) setip cawangan. Di antara masjid dan pegawai yang terlibat dalam menyampaikan khutbah adalah Khutbah Jumaat di Masjid Kg Kerambit Lipis disampaikan oleh Ustaz Mohamad Taufiq bin Suhaimi. Khutbah Jumaat di Masjid Song Jaya Raub, disampaikan oleh Ustaz Mohd Khairon bin Umar. Khutbah Jumaat di Masjid Firdaus,…
23 JUN 2022, ROMPIN - Pusat Kutipan Zakat Pahang daerah Rompin telah mengadakan program bersama masyarakat yang bertempat di Masjid Firdaus Felda Selendang 1. Program yang berlangsung selama dua hari bermula 23 dan 24 Jun 2022 ini diisi dengan pengisian kuliah maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Firdaus bin Abd Rasid dan pada keesokannya program diteruskan dengan penyampaian khutbah jumaat yang disampaikan oleh ustaz Muhammad Syukri bin Adzhar. Program yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk memberi penerangan kepada masyarakat berkaitan kewajipan zakat peneroka dan memastikan setiap lapisan peneroka memahami tentang kefardhuan dan kaedah pengiraan zakat hasil ladang mereka. Pusat Kutipan…
22 JUN 2022, Raub –Masjid Abu Bakar As Siddiq1 Dong telah mengadakan program bual bicara dengan tajuk “Harta Yang Membahagiakan” yang berlangsung dengan jayanya dengan kehadiran penduduk setempat. Program ini, berlangsung selepas maghrib dengan ucapan aluan tuan tuan Imam Masjid Abu Bakar As-Sidiq Ustaz Sahadan bin Hasan dan diteruskan dengan penyampaian ahli panel jemputan iaitu Ustaz Mohd Isa bin Husain selaku Pengurus Cawangan MUIP daerah Maran dan panel jemputan kedua Tuan Mohd Zaisam bin Husain selaku Pengurus Zon Barat PKZ Pahang. Seramai lebih hampir 100 tetamu telah datang bagi memeriahkan program pada malam tersebut di samping hampir 30 penonton yang…