21 JUN 2022, Kuantan –Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 Kuantan telah mengadakan Majlis Forum M.I.B (Melayu, Islam, Beraja) siri 1 yang berlangsung dengan jayanya dengan kehadiran tetamu dari dalam dan luar negeri pahang. Program ini, berlangsung selepas maghrib dengan pengisian tazkirah khas yang disampaikan oleh YH Dato’ Haji Badlishah bin Alauddin, Imam Besar Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 serta penampilan istimewa oleh Tuan Haji Mohd Al-Hamadi bin Haji Abu Bakar, Guru Besar SK Padang Garuda, Kuantan yang merangkap cucu Mat Kilau dan Yang Dipertua Seni Silat Tapak Setia Suci Warisan Mat Kilau (TSS). Seramai lebih 300 tetamu telah datang bagi…
17 JUN 2022, Muadzam Shah - Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ) Cawangan Muadzam Shah telah mengadakan sesi Taklimat Zakat Harta bertempat di Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA) pada 16 Jun 2022 bersamaan 16 Zulkaedah 1443 Hijriyyah. Para hadirin mulai hadir pada jam 2.45 tengah hari dan terus memenuhi Dewan Auditorium KOSMA. Program tersebut telah dihadiri lebih 50 orang hadirin yang terdiri daripada Pengurus Ladang Encik Yusof bin Jaafar serta kakitangan pejabat dan ladang KOSMA. Taklimat telah disampaikan oleh Penolong Pegawai Zakat Pahang Cawangan Kuantan, Ustaz Mohd Amran bin Abdul Hamid. Petugas PKZ Pahang yang hadir turut membatu hadirin mengisi borang…
20 MEI 2022, Raub – Menjadi kelaziman setiap bulan, Pusat Kutipan Zakat Pahang daerah Raub menjalankan program kutipan zakat perniagaan di kalangan peniaga-peniaga di sekitar daerah Raub. Program ini dijalankan selama dua belas hari bermula 20 Mei sehingga 31 Mei 2022 ini telah menerima bayaran zakat perniagaan daripada 37 peniaga dengan jumlah kutipan bayaran zakat sebanyak RM2,447.20. Program kutipan bulanan zakat perniagaan yang dijalankan Pusat Kutipan Zakat Pahang ini adalah bertujuan memudahkan urusan pihak peniaga yang tidak berkesempatan untuk membayar zakat perniagaan mereka, terutama kepada peniaga yang berada jauh dari bandar. Pihak Pusat Kutipan Zakat Pahang akan terus komited dalam…
Kuantan, 27 Mei 2022 - Dalam meraikan bulan Syawal yang penuh meriah, Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang telah mengadakan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri peringkat Ibu Pejabat PKZ Pahang pada 27 Mei 2022 bersamaan 24 Syawal 1443 Hijriyyah. Para jemputan mulai hadir pada jam 10.30 pagi dan terus memenuhi Bilik Seminar Ibu Pejabat PKZ Pahang sehingga jam 1.00 petang. Rumah terbuka tersebut telah dihadiri lebih 500 orang tetamu yang terdiri daripada para pembayar, ejen–ejen zakat dan wakil-wakil jabatan sekitar Kuantan. Majlis sambutan turut diserikan dengan kehadiran YH Dato’ Sri Syed Ibrahim bin Syed Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam…