Segala puji dan syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan izinNya, Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Cawangan Pekan telah berjaya mengadakan program My Karnival dengan kerjasama agensi-agnsi kaunter bergerak di Perkarangan Masjid At-Taqwa Chini 4, Pekan pada 24-25 Oktober yang lalu. Di antara pengisian program My Karnival ini adalah perkhidmatan kaunter agensi seperti Jabatan Pengankutan Jalan (JPJ), Amanah Saham Nasional, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Ar Rahnu Yapiem, Pemeriksaan Kesihatan Klinik Chini, Telekom Mobile dan juga Eastern Shadow (Kelab Memanah Kuantan). Turut diadakan juga Ceramah Perdana oleh YH Dato’ Haji Badli Shah bin Alauddin, Imam Besar Masjid Sultan Ahmad 1, Kuantan dan Kuliah Dhuha Muslimat oleh Ustaz Mohd Amran bin…