23 JUN 2022, ROMPIN - Pusat Kutipan Zakat Pahang daerah Rompin telah mengadakan program bersama masyarakat yang bertempat di Masjid Firdaus Felda Selendang 1. Program yang berlangsung selama dua hari bermula 23 dan 24 Jun 2022 ini diisi dengan pengisian kuliah maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Firdaus bin Abd Rasid dan pada keesokannya program diteruskan dengan penyampaian khutbah jumaat yang disampaikan oleh ustaz Muhammad Syukri bin Adzhar. Program yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk memberi penerangan kepada masyarakat berkaitan kewajipan zakat peneroka dan memastikan setiap lapisan peneroka memahami tentang kefardhuan dan kaedah pengiraan zakat hasil ladang mereka. Pusat Kutipan…
22 JUN 2022, Raub –Masjid Abu Bakar As Siddiq1 Dong telah mengadakan program bual bicara dengan tajuk “Harta Yang Membahagiakan” yang berlangsung dengan jayanya dengan kehadiran penduduk setempat. Program ini, berlangsung selepas maghrib dengan ucapan aluan tuan tuan Imam Masjid Abu Bakar As-Sidiq Ustaz Sahadan bin Hasan dan diteruskan dengan penyampaian ahli panel jemputan iaitu Ustaz Mohd Isa bin Husain selaku Pengurus Cawangan MUIP daerah Maran dan panel jemputan kedua Tuan Mohd Zaisam bin Husain selaku Pengurus Zon Barat PKZ Pahang. Seramai lebih hampir 100 tetamu telah datang bagi memeriahkan program pada malam tersebut di samping hampir 30 penonton yang…
21 JUN 2022, Kuantan –Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 Kuantan telah mengadakan Majlis Forum M.I.B (Melayu, Islam, Beraja) siri 1 yang berlangsung dengan jayanya dengan kehadiran tetamu dari dalam dan luar negeri pahang. Program ini, berlangsung selepas maghrib dengan pengisian tazkirah khas yang disampaikan oleh YH Dato’ Haji Badlishah bin Alauddin, Imam Besar Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 serta penampilan istimewa oleh Tuan Haji Mohd Al-Hamadi bin Haji Abu Bakar, Guru Besar SK Padang Garuda, Kuantan yang merangkap cucu Mat Kilau dan Yang Dipertua Seni Silat Tapak Setia Suci Warisan Mat Kilau (TSS). Seramai lebih 300 tetamu telah datang bagi…
17 JUN 2022, Muadzam Shah - Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ) Cawangan Muadzam Shah telah mengadakan sesi Taklimat Zakat Harta bertempat di Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA) pada 16 Jun 2022 bersamaan 16 Zulkaedah 1443 Hijriyyah. Para hadirin mulai hadir pada jam 2.45 tengah hari dan terus memenuhi Dewan Auditorium KOSMA. Program tersebut telah dihadiri lebih 50 orang hadirin yang terdiri daripada Pengurus Ladang Encik Yusof bin Jaafar serta kakitangan pejabat dan ladang KOSMA. Taklimat telah disampaikan oleh Penolong Pegawai Zakat Pahang Cawangan Kuantan, Ustaz Mohd Amran bin Abdul Hamid. Petugas PKZ Pahang yang hadir turut membatu hadirin mengisi borang…