Wednesday, 14 April 2021 23:48

PEMBENTANGAN PELAN STRATEGIK 2021 PKZ PAHANG

Rate this item
(1 Vote)

KUANTAN - 20 Mac 2021 bersamaan 6 Syaaban 1442H, Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ) telah berjaya mengadakan Bengkel Halatuju 2021 PKZ Pahang kepada  91 orang kakitangan PKZ Pahang bertempat di Swiss-bel Hotel Kuantan Pahang.

Tujuan bengkel ini dilaksanakan bagi memberi pendedahan kepada kakitangan berkenaan prestasi 2020, isu-isu pentadbiran dan perancangan gerak kerja tahun 2021 PKZ Pahang.

Secara umumnya bagi tahun 2021, PKZ Pahang telah menggariskan 5 fokus utama iaitu ;

  1. Z-Barakah yang memberi fokus untuk memantapkan lagi urusan potongan gaji bagi Zakat Pendapatan.
  2. Z-Tijari, strategi bagi meningkatkan pembayaran zakat perniagaan.
  3. Z-STEP, mengenalpasti potensi baharu bagi Zakat Simpanan, Ternakan, Emas, Pertanian dan Rikaz
  4. Z-ProDak, strategi bagi mempelbagaikan kempen dakwah zakat melalui medium promosi yang berkesan.
  5. Z-Samart, memaksimakan penggunaan ICT dalam gerakkerja PKZ.

Majlis perasmian bengkel ini telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang, Yang Hormat  Dato’ Ahmad Hairi bin Hussien.

Di dalam ucapannya beliau memberi nasihat kepada kakitangan, agar sentiasa fokus kepada gerak kerja yang dibuat dan membina semangat kerja berpasukan bagi menghasilkan hasil kerja yang cemerlang.

Semoga dengan adanya perancangan rapi seperti ini dapat melonjakkan motivasi semua kakitangan PKZ Pahang untuk menghadapi gerak kerja 2021 dengan lebih efisien dan stratigis.

Read 634 times