12 April 2021 - Segala puji dan syukur kehadrat Allah SWT dengan keizinannya memberi peluang kepada Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ) kesempatan menyampaikan maklumat kepada anggota Angkatan Tentera Malaysia(ATM) di kem seluruh Pahang mengenai Wajib Taksir Zakat (WTZ) . Program ini diadakan serentak di tiga tempat yang berbeza iaitu Markas 4 Briged yang disampaikan oleh Haji Mohd Azmi Bin Haji Othman Pengurus PKZ bagi Zon Timur. Lokasi kedua berlangsung di Depo Pusat Peluru Mempada disampaikan oleh Encik Mohd Zaisam Bin Zainal, Pengurus PKZ bagi Zon Barat dan lokasi ketiga, bertempat di Batalion 7 RRD Mentakab yang disampaikan oleh Haji Mohd Asri Bin Awang, Pengurus PKZ Zon Tengah.
Di setiap lokasi audien yang dating masing-masing melebihi 100 orang. Perkongsian yang disampaikan bukan sahaja berkaitan proses pelaksanaan Arahan Wajib Taksir tetapi anggota ATM turut diterangkan secara terperinci kaedah pengiraan zakat pendapatan yang telah ditetapkan dalam arahan tersebut. Untuk rekod, seramai 2,818 orang anggota ATM di seluruh Pahang telah melaksanakan potongan zakat bulanan dengan amaun melebihi seratus ribu sebulan.