Monday, 25 October 2021 23:48

PROGRAM HR & U VIRTUAL BOOTH BERSAMA PKZ PAHANG

Rate this item
(0 votes)

Kuantan, 21 Oktober 2021 – Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ) telah diundang menyertai Program HR & U yang dianjurkan oleh Petronas Chemicals MTBR Sdn Bhd, anak syarikat Petronas Berhad di Gebeng Industrial sebagai salah satu usaha untuk menyampaikan info terkini berkenaan pengurusan zakat di negeri Pahang.

Panel PKZ Pahang diwakili oleh Tuan Haji Mohd Azmi Bin Haji Othman, Pengurus Zon Timur, Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ Pahang). PKZ telah membuat tayangan 4 video dakwah santai seperti Ezid.my (Gerbang Zakat Anda), e- taksir, kemudahan bayaran dan juga perkhidmatan bayaran wakaf.

Seramai 35 orang kakitangan MTBE telah menyertai program secara maya ini. Ramai para peserta mengambil kesempatan untuk bertanya persoalan sekitar kefardhuan zakat,  kebanyakannya berkisar isu berkaitan dengan zakat KWSP, Emas, Pendapatan, Saham dan juga kaedah pembersihan wang syubhah.

Kakitangan Petronas Chemicals MTBE Sdn Bhd yang aktif membayar zakat melalui potongan gaji adalah seramai 730 orang.  Semoga Allah SWT mengurniakan sebaik-baik ganjaran terhadap zakat yang telah dikeluarkan oleh semua kakitangan mereka dan memberkati segala harta mereka yang masih tinggal.

Disediakan oleh :
Zulfaiz Ashraf bin Mohd Zain
Unit Operasi PKZ Kuantan

Read 392 times