Tuesday, 26 October 2021 00:08

SAMBUTAN MAULID RASUL PERINGKAT PKZ PAHANG

Rate this item
(0 votes)

KUANTAN, 22 Oktober 2021 – Bulan Rabiulawal adalah sinonim dengan majlis sambutan Maulid Rasul di kalangan masyarakat umat Islam di Malaysia. Pelbagai acara yang diadakan bagi mengingatkan cinta kita kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW samada berbentuk karnival Maulid, perarakan sepanduk, majlis solawat, ceramah dan sebagainya .

Bersempena dengan musim perayaan Maulid ini, PKZ Pahang juga turut mengambil kesempatan mengadakan majlis memperingati hari kelahiran Nabi Muhammad SAW di kalangan kakitangan Ibu Pejabat PKZ. Majlis dimulakan dengan tazkirah berkaitan peristiwa Maulid Rasul yang disampaikan oleh oleh Ustaz Mohamed Fuad bin Mohd Zainudin, Imam Masjid Pandan 2 dan diakhiri dengan acara selawat beramai-ramai ke atas baginda Rasulullah SAW oleh 55 kakitangan Ibu Pejabat PKZ Pahang.  

Sebagai sebuah organisasi yang berteraskan agama, PKZ Pahang akan sentiasa melazimi program-program keagamaan dan pengisian kerohanian untuk para kakitangan. Semoga dengan program dianjurkan akan dapat mempertingkatkan lagi tahap kecintaan kita terhadap junjungan kita yang dikasihi dan seterusnya memperolehi syafaat baginda ketika di akhirat nanti.

Disediakan oleh,
Bahagian Perhubungan Awam Dan Korporat
PKZ Pahang

Read 328 times