Thursday, 28 October 2021 07:55

5 BADAN KORPORAT MENUNAIKAN ZAKAT

Rate this item
(1 Vote)

KUANTAN, 28 Oktober 2021 – Lima badan korporat telah menyerahkan zakat perniagaan bagi tahun perniagaan 2020 berjumlah RM2,153,188.70 kepada Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) bertempat di Dewan Perdana, Hotel Grand Darukmakmur, Kuantan Pahang.

Badan korporat tersebut ialah YP Plantation Holdings Sdn Bhd yang diwakili oleh Pengurus Besar YP Plantations Holdings Sdn Bhd, Encik Mohamad Fairuz Kamal bin Mat Noh bagi menyerahkan zakat sebanyak RM726,665.70 manakala Pharmaniaga Berhad  diwakili oleh Timbalan Pengarah Urusan Pharmaniaga Berhad, Encik Mohamed Iqbal bin Abdul Rahman menyerahkan zakat sebanyak RM650,000.00.

Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) pula diwakili oleh Ahli Jawatankuasa Syariah BPMB, YBhg. Profesor Zurina binti Shafie menyerahkan zakat sebanyak RM384,968.00. Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) pula diwakili oleh Pengurus Kawasan BMMB Wilayah Pantai Timur, Tuan Haji Nik Mohd Hashim bin Abdul Hamid serta Agrobank yang diwakili oleh Pengarah Wilayah Agrobank Pahang, Encik Safaruddin turut serta dalam penyerahan tersebut dengan masing-masing menyerahkan zakat sebanyak RM222,959.00 dan RM168,596.00.

Majlis penyerahan zakat tersebut telah disempurnakan oleh YAM Tengku Panglima Raja Lt. Kolonel Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang merupakan Timbalan Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Negeri Pahang . Majlis tersebut turut dihadiri oleh Mufti Negeri Pahang, Dato’ Sri Dr Haji Abdul Rahman bin Haji Osman, Ketua Pegawai Eksekutif MUIP, YH Dato’ Ahmad Hairi bin Hussain, Pengurus Besar Kanan Pusat Kutipan Zakat Pahang, YH Dato’ Haji Halidan bin Md Daud serta serta ahli-ahli Mesyuarat MUIP.

Pihak PKZ Pahang mendoakan semoga Allah SWT mengurniakan sebaik-baik ganjaran di dunia dan akhirat kepada semua badan korporat yang terlibat kerana melaksanakan ibadah zakat perniagaan mereka sebagaimana yang telah disyariatkan dalam Islam.

Read 594 times