Print this page
Monday, 29 November 2021 06:45

WARGA SMK CHENGAL LEMPONG AZAM 90% SERTAI SKIM ZAKAT DAN WAKAF

Rate this item
(1 Vote)

KUANTAN, 25 November 2021 (Khamis) - 45 warga SMK Chengal Lempong, Kuantan (CheLSS) berazam untuk menyertai skim potongan zakat secara istiqamah melalui potongan gaji bulanan dalam Majlis Persefahaman Kerjasama Strategik dan Perkongsian Pintar bersama Pusat Kutian Zakat dan Wakaf Pahang.

Program ini adalah lanjutan Majlis Pelancaran Skim Wakalah Zakat Sekolah-Sekolah melalui kolaborasi bersama Majlis Guru Besar (MGB) dan Majlis Pengetua Sekolah Menengah (MPSM) pada 15 November 2021 yang lalu.  Pengetua SMK Cengal Lempong Tuan Haji Mohammad bin Che Ibrahim merupakan Pengetua Pertama mengundang PKZ ke sekolah untuk memberi penjelasan berkenaan zakat pendapatan dengan menggunakan platform Ezid.my. Di dalam ucapan aluannya, beliau menyeru semua warga CheLSS agar melaksanakan ibadah zakat dengan skim PZB sekaligus berjaya menyertai skim wakalah zakat sekolah demi manfaat asnaf.

Sambutan guru terhadap platform ezid.my amat menggalakkan dan ramai yang hadir telah membuat penambahan zakat masing-masing. Di samping itu, melalui kerjasama pintar dengan Dana Wakaf Pahang, pihak sekolah merancang untuk membina pondok iqra bagi sebagai kemudahan pelajar-pelajar untuk aktiviti mengaji berkumpulan dibawah program kaunseling sekolah.

Sebagai pencetus semangat dan kesungguhan pihak sekolah, YH Dato Halidan bin Md Daud, Pengurus Besar Pusat Kutipan Zakat dan Wakaf Pahang melancarkan Program Dana Wakaf Pondok Iqra CheLSS. Melalui kerjasama ini, Dana Wakaf Pahang bersetuju membiayai 80% kos keseluruhan projek wakaf tersebut.

Turut hadir dalam majlis tersebut Tuan Haji Junaidi bin Osman, Pengetua SMK Seri Damai dan Tuan Yusof bin Kasim Pengetua SMK Sultanah Hajjah Kalsom serta Encik Qumeiza Safwan bin Sulaiman, Ketua Bahagian Wakaf Dana Wakaf Pahang.  

Disediakan oleh :
Amin Kushairi bin Ramli
Unit Majikan PZB Kuantan

Read 405 times