Wednesday, 08 December 2021 02:13

PERBADANAN SETIAUSAHA KERAJAAN PAHANG TUNAI ZAKAT RM4 JUTA

Rate this item
(0 votes)

BENTONG, 01 Disember 2021 (Rabu) – Perbadanan Setiausaha Kerajaan Pahang (PSK) telah menyerahkan zakat perniagaan bagi tahun 2020 berjumlah RM 4,000,000.00 kepada Pusat Kutipan Zakat Pahang Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang(PKZ)  dalam majlis serahan zakat perniagaan sempena Majlis Mesyuarat Kerajaan yang bertempat di Bilik Mesyuarat  Majlis Perbandaran Bentong , Bentong Pahang.

Dalam majlis serahan zakat tersebut, Jawatankuasa Pengurusan PSK , YB Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Dato’ Sri Dr. Sallehuddin bin Ishak telah menyerahkan zakat perniagaan kepada YH Dato’ Haji Halidan Bin Md Daud , Pengurus Besar Kanan PKZ Pahang sambil disaksikan oleh YAB Menteri Besar Pahang  Dato' Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail  .

Pihak PKZ Pahang mendoakan semoga Allah SWT mengurniakan sebaik-baik ganjaran di dunia dan akhirat kepada Perbadanan Setiausaha Kerajaan Pahang  kerana melaksanakan ibadah zakat perniagaan mereka sebagaimana yang telah disyariatkan dalam Islam.

Read 466 times