Print this page
Saturday, 18 December 2021 00:50

BOSSQUE BERZAKAT

Rate this item
(0 votes)

PEKAN – 17 Disember 2021 bersamaan 12 Jamadilawal 1443

Perdana Menteri Malaysia ke-6, Dato’ Sri Haji Mohammad Najib Tun Haji Abdul Razak atau dikenali dengan panggilan mesra “Bossque” telah menunaikan kewajipan zakat pendapatan di Pusat Kutipan Zakat Daerah Pekan.

Bayaran zakat beliau telah diterima oleh Pengurus Besar Kanan Pusat Kutipan Zakat Pahang, Dato’ Haji Halidan Bin Md Daud. Turut Bersama dalam majlis tersebut adalah Pengurus PKZ Zon Timur, Haji Mohd Azmi bin Othman dan Penyelia PKZ Cawangan Pekan, Haji Kahirul Anuar bin Abdullah

Pusat Kutipan Zakat Pahang sangat menyambut baik di atas kesudian Dato’ Sri menunaikan kewajipan berzakat di negeri Pahang seterusnya telah meningkatkan kadar kutipan di negeri Pahang. Semoga Allah memberi sebaik-baik ganjaran terhadap zakat yang telah ditunaikan oleh Dato’ Sri dan memberkati segala harta beliau yang masih tinggal.

Disediakan oleh,
Ahmad Fauzi bin Mansor
Bahagian Korporat Dan Perhubungan Awam
Pusat Kutipan Zakat Pahang

Read 410 times