Tuesday, 28 December 2021 01:34

MULTAQA DAKWAH ZAKAT 2021

Rate this item
(0 votes)

Kuantan – Pusat Kutipan Zakat Dan Wakaf Pahang melalui Bahagian Dakwah dan Penerangan telah berjaya mengadakan satu program secara maya melalui Zoom bersama lebih kurang 200 orang Pendakwah dan Ilmuwan Agama di negeri Pahang ini.

Program Multaqa Dakwah Zakat 2021 berlangsung selama dua hari iaitu Selasa dan Rabu bersamaan 30 November dan 1 Disember 2021 dengan penyertaan dari Briged Dakwah dan Guru-guru Takmir di seluruh negeri Pahang. Program ini merupakan program kerjasama antara PKZ, Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) serta Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).

Multaqa ini dimulai dengan ucaptama oleh Ybhg Prof. Madya Dr. Haji Mohd Farid Ravi Bin Abdullah, Ahli Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) pada hari pertama manakala ucaptama oleh SS Tim. Mufti Pahang, YH Dato Haji Abdul Zaki Bin Haji Md Zin, Pengerusi Badan Penasihat Syariah PKZ untuk hari kedua.

Matlamat program ini diadakan adalah untuk menjalin hubungan mesra antara para asatizah dengan institusi Agama yang ada di negeri Pahang. Dengan adanya program sebegini, dapatlah bekerjasama dalam menyampaikan serta berkongsi info berkaitan pelaksanaan zakat & wakaf melalui asatizah-asatizah yang mana mereka adalah individu yang sangat dekat dengan masyarakat diluar sana. 

Memetik kata-kata Ybhg Prof. Madya Dr. Haji Mohd Farid Ravi,

“Jika bukan kita dari kalangan (asatizah) yang menyampaikan tentang ilmu zakat ini, maka siapa lagi yang nak bagitahu, ceritakan pada orang kampung? Kita lah antara tempat rujukan bagi mereka.”

Ybhg Prof. Madya Dr. juga berharap agar bilangan pembayar khususnya pekerja yang membanting peluh, memerah idea dan menuai hasil di negeri Pahang akan terus meningkat seiring dengan pertambahan projek-projek dan pembangunan di negeri Pahang Darul Makmur ini.

Read 733 times