Print this page
Tuesday, 28 December 2021 01:44

LZNK BANTU MANGSA BANJIR DI PAHANG

Rate this item
(0 votes)

Kuantan - 24 Disember 2021, Rentetan daripada musibah banjir yang berlaku di negeri Pahang baru-baru ni,  Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) tampil menjadi institusi zakat negeri yang pertama menghulurkan bantuan. LZNK telah menyampaikan sumbangan berupa 6,000 kapit beras SST 5kg untuk disalurkan kepada mangsa banjir seluruh negeri  Pahang.

LZNK dengan kekuatan sebanyak 4 biji lori 5 tan selamat tiba di Pusat Operasi banjir (POB) Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan  seawal jam 10.00 pagi telah disambut oleh Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuantan, Yang Hormat Dato’ Hamdan bin Hussin yang mewakili Setiausaha Kerajaan negeri Pahang. Turut sama dalam meraikan ketibaan wakil LZNK adalah Encik Khairuddin bin Ismail, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan Dan Dasar) Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dan Haji Che Samsol bin Ibrahim, Ketua Bahagian Korporat Pusat Kutipan Zakat Pahang. 

Selain daripada negeri Pahang, LZNK turut membantu mangsa banjir di negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang melibatkan kos keseluruhan sebanyak RM284,000.00

Pusat Kutipan Zakat Pahang mengucapkan jutaan terima kasih kepada LZNK atas sumbangan kepada mangsa banjir di negeri Pahang. Semoga Allah memberkati atas usaha yang dilakukan LZNK dan semoga LZNK terus menjadi insitusi zakat yang cemerlang, gemilang  dan terbilang. 

“KITA BERSAUDARA WALAUPUN BERLAINAN NEGERI”

Disediakan oleh,
Ahmad Fauzi bin Mansor
Bahagian Korporat Dan Perhubungan Awam
Pusat Kutipan Zakat Pahang

Read 776 times