Print this page
Tuesday, 28 December 2021 02:19

KEMPEN ZAKAT AKHIR TAHUN

Rate this item
(0 votes)

Menjadi kelaziman setiap tahun, bulan Disember adalah bulan zakat. Pada kebiasaanya ramai  kalangan umat Islam menunaikan kewajipan melaksanakan tuntutan rukun islam yang ketiga iaitu menunaikan zakat harta antaranya zakat pendapatan, zakat wang simpanan, zakat emas dan zakat perniagaan.

Sebagai sebuah badan yang  bertanggung jawab mengutip zakat di negeri Pahang, Pusat Kutipan Zakat Pahang telah mempelbagaikan promosi kesedaran kewajipan berzakat di kalangan umat Islam khususnya di negeri Pahang melalui saluran-saluran media terkini. TV Al-Hijrah adalah salah satu platform yang kita gunakan. Sebagai contoh pada bulan Disember tahun ini, Pengurus Besar Kanan Pusat kutipan Zakat Pahang, Dato’ Haji Halidan bin Md Daud telah muncul di kaca televisyen TV Al-Hijrah dan Radio Malaysia Pahang dalam program bual bicara zakat yang bertajuk “ Dari Pembayar Zakat Kepada Asnaf”. Antara usaha lain bagi meningkatkan kesedaran adalah melalui media sosial (FB:Zakat Pahang, IG:zakatpahang), media cetak, media elektronik dan sebagainya.

Pusat Kutipan Zakat Pahang turut menyediakan beberapa saluran bagi memudahkan umat Islam menunaikan zakat antaranya adalah menyediakan kaunter zakat di setiap daerah negeri Pahang, bayaran secara atas talian (FPX, E-Wallet, Pahang Go,), potongan gaji, Pejabat Pos, Payquick, MYEG dan lain-lain.

Keistimewaan bagi sesiapa menunaikan zakat di Pusat Kutipan Zakat, ianya berpeluang mendapat rebat 100%  daripada cukai pendapatan dan berpeluang memperolehi hadiah tebusan yang menarik melalui Z-Point yang baru diperkenalkan iaitu applikasi E-ZID. 

E-ZID merupakan akaun personal pembayar yang harus dimiliki kerana melalui E-ZID ianya boleh melakukan urusan bayar zakat, berwakaf, semak penyata bayaran ,taksiran zakat dan menebus mata ganjaran Z-Point.

Disediakan oleh,
Ahmad Fauzi bin Mansor
Bahagian Korporat Dan Perhubungan Awam
Pusat Kutipan Zakat Pahang

Read 375 times