Bizzakat adalah satu direktori yang menyenaraikan para peniaga atau usahawan di negeri Pahang yang mempunyai rekod pembayaran zakat di Pusat Kutipan Zakat Pahang. Para usahawan yang disenaraikan ini terdiri daripada pelbagai jenis perniagaan meliputi makan dan minum, barangan serta perkhidmatan dari setiap daerah atau kawasan di negeri Pahang. Sepanjang Mac, PKZ Zon Timur telah mengunjungi kembali terhadap seramai 521 orang pembayar zakat di daerah Kuantan, Pekan, Rompin dan Muadzam Shah. Kunjungan tersebut bertujuan untuk mengemaskini rekod ahli-ahli Bizzakat seperti gambar premis, info promosi dan juga lokasi perniagaan untuk memudahkan orang ramai berurusan dengan peniaga Muslim di seluruh Pahang. Aktiviti kunjungan…