Jengka – 14 November 2018, Bahagian Dakwah Pusat Kutipan Zakat Pahang telah berjaya melaksanakan program Seminar Zakat Peringkat IPT di Universiti Teknologi Mara (UITM) cawangan Jengka bersempena dengan Majlis Penyerahan Agihan Zakat oleh Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP). Seramai 200 orang pelajar yang terlibat daripada pelbagai fakulti telah didedahkan dengan ilmu zakat oleh Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang.  Program tersebut dilaksanakan dengan kerjasama daripada MUIP serta jawatankuasa kerja daripada kakitangan Akademi Pengajian Islam Kontemporari  UITM (ACIS). Seminar ini berlangsung selama satu hari bermula dari jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang. Pengisian program adalah terbahagi kepada dua…
14 Oktober 2018 – PKZ Pahang sekali lagi telah bersama-sama menyertai dan menjadi ahli jawatankuasa kerja program Karnival Usahawan Asnaf 2018 yang dianjurkan oleh Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang pada 11 hingga 14 Oktober 2018 di Dataran Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan, Pahang. Karnival tersebut adalah bersempena memuliakan ulang tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang dan telah dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj. Majlis perasmian tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam…
Kuala Lipis – 15 Ogos bersamaan  3 Zulhijjah 1439H Satu program berbentuk bual bicara yang diberi nama Bisnes Talk : BizZakat Mempromosikan Bisnes Anda telah diadakan disini pada hari ini. Bual bicara yang mengumpulkan seramai  30 orang peniaga yang terdiri daripada pelbagai jenis perniagaan telah hadir ke program ini. Bual bicara ini dilaksanakan bagi mempromosikan perniagaan peniaga-peniaga yang berada di sekitar Kuala Lipis ini melalui satu aplikasi yang dibina khas iaitu aplikasi BizZakat. Melalui aplikasi BizZakat ini, peniaga-peniaga dapat mengiklankan perniagaan mereka secara percuma dan boleh menarik ramai pelanggan daripada merata tempat untuk membeli produk yang diniagakan oleh peniaga-peniaga ini.…
12 September 2018, Kuantan - Pengurus Besar Kanan Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang bersama beberapa  pegawai kanan telah membuat kunjungan hormat terhadap Pengarah Pendidikan Negeri Pahang (JPNP), YBhg Dr. Haji Tajuddin bin Mohd Yunus di pejabat beliau di Indera Mahkota, Kuantan. Tujuan kunjungan tersebut sebagai tanda penghargaan dan ucapan tahniah atas pelantikan beliau sebagai Pengarah JPNP yang baharu. Di kesempatan ini juga YH Dato’ Haji Halidan bin Md. Daud juga turut mengambil peluang menerangkan perkembangan pelaksanaan ‘Wajib Taksir Zakat Pendapatan’ yang sedang dilaksanakan oleh PKZ Pahang terhadap lebih tiga puluh ribu warga kementerian pendidikan di negeri Pahang. Semoga hubungan baik…